Saturday, September 26, 2009

Biodata

Tuan Hj Mahmud Hj Abdul Manaf

Haji Mahmud Haji Abdul Manaf

Tuan Haji Mahmud di lahirkan pada 1890 di Muar Johor. Bapa Beliau Haji Abdul Manaf bin Haji Mahmud adalah Kadi di daerah Muar Johor. Ibunya bernama Hajah Zaleha binti Orangkaya Junid. Haji Mahmud mendapat pendidikan awal di sekolah Agama di Muar Johor dan kemudian melanjutkan pelajaran beliau ke Beriut, Lubnan. Beliau belayar kesana dengan menaiki Kapal penumpang Jepun bernama Mishima Maru dari perlabuhan Singapura pada 11 Mei 1914. Seangkatan dengan beliau ketika itu ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah yang juga merupakan sepupu beliau. Beliau pulang ke tanah air pada tahun 1920 pada usia 30 tahun. Sekembalinya ke tanah air beliau bertugas sebagai Pegawai Kupon (Getah) bersama-sama dengan Tan Sri Haji Noah dan Dato' Onn Jaafar. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Pegawai Polis di negeri Terengganu dan Johor sehingga beliau mendapat kemalangan jalanraya dan hanya bertugas di pejabat sehingga beliau bersara pada tahun 1947. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Hapsah pada tahun 1928 dan telah dikurniakan dengan 10 orang cahayamata (5 lelaki 5 perempuan). Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1952 semasa berumur 60 tahun.





Hajah Hapsah Haji Salleh



Hajjah Hapsah dilahirkan di Mekah pada tahun 1912. Bapanya bernama Haji Salleh bin Haji Mohd Yusof dan Ibunya bernama Hajah Rokiah binti Orangkaya Ali. Beliau mendapat pendidikan awal di rumah dengan seorang Guru Agama yang datang ke rumah beliau setiap hari. Beliau merupakan anak sulung dari 6 orang adik beradik. Mendirikan rumahtangga dengan Tuan Haji Mahmud pada tahun 1928 ketika berusia 16 tahun. Selepas kematian suaminya pada tahun 1952, Hajah Hapsah telah mengambilalih tanggungjawab sebagai ibu dan juga bapa kepada anak-anaknya. Setahun kemudian beliau sekali lagi kehilangan orang yang tersayang selepas anaknya yang tua bernama Hamzah meninggal dunia ketika berusia hanya 22 tahun. kerana mengidap demam panas. Oleh kerana kesempitan hidup selepas kematian suami dan anak yang tua, beberapa orang anak beliau terpaksa berhenti sekolah dan berkerja. Diantaranya ialah Hajah Hamidah, Haji Jalaluddin, Haji Abdul Manap dan Hajah Aminah. Beliau telah mendidik dan membesarkan anak-anak tanpa mengenal penat dan jemu. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Muharram 1423 bersamaan 19 Mac 2002 ketika berusia lebih 90 tahun.